Kenali dirimu maka kamu akan mengenali Tuhanmu. Begitulah bait pepatah yang sering kita dengar.Barangkali sekarang, pepatah itu akan berbunyi ''KENALI ASMAUL HUSNA MAKA KAMU AKAN MENGENALI ALLAH''..
''Dan ALLAH mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.''
(Surah Al-'Araf : 180)
ALLAH Yang Maha Pemurah menjanjikan bahawa, berdoalah dengan Asmaul Husna akan segera dijabah (dikabulkan) kerana ketika seseorang menyebut Asmaul Husna, terbukalah pintu-pintu langit dan gelombang suaranya terus naik menembusi tujuh lapis langit sehingga ke tempat ijabah-NYA, ALLAH.
Rasulullah bersabda ,'' ALLAH mempunyai 99 nama seratus kurang satu. Sesiapa memahaminya akan masuk syurga.'' ( Sahih Bukhari, Sahih Muslim). Maksud perkataan memahami disini bukan hanya secara lisan namun juga diamalkan melalui perbuatan dan tingkah laku kita.
1) Menghilangkan Tekanan dan Kemurungan
* Membiasakan diri berzikir Yaa Baasit.
* Berzikir Yaa Latiff sebanyak 129 kali.
* Berzikir Yaa Razzaaq sebanyak 100 kali setelah menunaikan solat jumaat.
* Berzikir Yaa Naafi' sebanyak-banyaknya.
* Berzikir Yaa Badii'us samaawaati wal ard (Wahai Pencipta langit dan bumi) sebanyak 1000 kali
* Berzikir Yaa Majiid sebanyak 100 kali.
* Berzikir Yaa Muqsit sebanyak-banyaknya.
* Berzikir Yaa Waasi' sebanyak 170 kali.
2) Memohon kekuatan dalam hidup
* Berzikir Yaa Qawiyy sebanyak 116 kali setiap hari.
* Berzikir Yaa Waajid pada setiap suap makanannya,
* Berzikir Yaa Raafi' sebanyak 100 kali siang dan malam.
* Berzikir Yaa Hakiim sebanyak-banyaknya.
3) Mengawal Hawa Nafsu.
* Berzikir Yaa Mumiit secara terus-terusan.
* Berzikir Yaa 'Afuww sebanyak 166 kali sehari, akan mampu mengawal keinginan jahat hawa nafsu.
* Berzikir Yaa Khabiir sebanyak-banyaknya.
* Berzikir Yaa Muhyi secara terus-terusan,akan dapat mengawal nafsu jahat dalam jiwa.
4) Diberi umur panjang.
* Berzikir Yaa Hayy secara terus-menerus.
5) Dikabulkan doa.
* Berzikir Yaa Khaafid sebanyak 500 kali.
* Berzikir Yaa Rasyiid sebanyak-banyaknya.
* Berzikir huwal awwalu wal aakhiru wazh zhaahiru wal baathinu wa huwa'ala kulli syai'in qadiir, maka semau hajatnya akan dipenuhi, insya ALLAH.
* Berzikir Yaa Muqsit sebanyak 700 kali untuk suatu tujuan tersebut akan tercapai.
* Berzikir Ya Maani' sebanyak-banyaknya, maka segala permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH dan ditolak-Nya kejahatan darinya.InsyaALLAH.
* Berzikir Yaa Badii' sebanyak 700,000 kali, maka hajatnya akan dipenuhi dan diangkat kemudaratan darinya.
* Berzikir Yaa 'Aliyy setiap hari secara istiqamah maka akan ditinggikan darjatnya,dikurniakan kemakmuran dan semua hajatnya dipenuhi. Insya ALLAH.
6) Mengatasi Rintangan.
* Berzikir Yaa Waliyy sebanyak 700 kali pada malam jumaat.
* Berzikir Yaa Muqiit sebanyak 7 kali maka akan perolehi kekuatan untuk mengatasi berbagai kesukaran dan bahaya yang mungkin dihadapi semasa perjalanan,InsyaALLAH.
7) Memudahkan Sakaratul Maut.
* Berzikir Ya Waarith sebanyak 100 kali pada ketika matahari terbit.
8) Sukar mendengar atau meningati sesuatu.
* Berzikir Ya Muhsi sebanyak 148 kali.
9) Bersiakp/berfikiran kritikal.
* Berzikir Yaa Muhsi sebanyak 148 kali.
10) Memperolehi kedamaian.
* Berzikir Yaa Hayy sebanyak 500 kali setiap hari sebelum matahari terbit.
11) Menghilangkan kebiasaan buruk.
* Berzikir Yaa Khabiir sekerap mungkin.
12) Menemui benda yang hilang.
* Berzikir Yaa Raqiib sebanyak mungkin.
13) Mendoakan anak.
* Berzikir Ya Matiin pada anak perempuan atau anak lelaki sebanyak 10 kali, maka anak tersebut tidak akan derhaka.InsyaALLAH.
14) Memohon keberkatan.
* Berzikir Yaa Gahafuur sekerap mungkin, maka ALLAH S.W.T akan memberikan keberkatan pada kekayaan dan keturunan.InsyaALLAH.
15) Memudahkan urusan
* Berzikir Yaa Fattaah sebanyak 70 kali.
* Berzikir Ya Muqtadir secara terus-menerus sebanyak 744 kali setelah bangun tidur.
16) Menyucikan zahir dan batin.
* Berzikir Yaa Muhaimin sebanyak 100 kali dengan menumpukan perhatian kepada ALLAH S.W.T.
17) Memperoleh anak yang soleh.
* Berzikir Yaa Mutakabbir sebanyak 10 kali sebelum bersama isteri.
* Berzikir Ya Naafi' sebelum berjimak, maka ALLAH akan mengurniakan anak.InsyaALLAH.
* Pasangan yang sukar memiliki keturunan hendaklah sekerap mungkin membaca ''Da (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi'' yang diambil dari AL-QURAN SURAH Al-Anbiya' ayat 89.
18) Memohon perlindungan ALLAH S.W.T
* Berzikir Yaa Raqiib sebanyak 7 kali setiap hari sehingga akan memperoleh perlindungan setiap ketika.
* Berzikir Ya Qaabid sebanyak 903 kali.
* Berzikir Ya Baaqi sebanyak 1000 kali pada malam jumaat.
* Berzikir Ya Qawiyy sebanyak-banyaknya untuk menghentikan kezaliman seseorang. Selain itu, ALLAH akan memberikan perlindungan, InsyaALLAH.
19) Mendapatkan cahaya ALLAH S.W.T
* Berzikir Yaa Hakiim sebanyak 99 kali pada akhir malam dalam keadaan berwudhu' dan menumpukan fikiran, insyaALLAH hati ini akan dipenuhi dengan cahaya.
20) Memohon Akhlak baik untuk diri sendiri.
* Berzikir Yaa Haqq sebanyak 1000 kali setiap hari, maka akhlak kita akan menjadi baik.
* Berzikir Yaa Matiin sebanyak 500 kali setiap hari, maka akan membantu lita menjadi orang yang lebih baik.
* Berzikir Ya Hamiid sebanyak 93 kali selama 45 hari dalam keadaan bersendirian,maka kebiasaan dan sifat-sifat yang buruk akan berubah menjadi baik, InsyaALLAH.
21) Memperindahkan kata-kata.
* Berzikir Ya Hamiid sebanyak 66 kali setelah solat subuh dan solat isyak, maka ALLAH akan memperindahkan kata-kata dan perbuatan kita.InsyaALLAH.
22) Menghilangkan mengantuk.
* Berzikir Alif laam miim Allaahu laa ilaaha illaa huwal Hayyul Qayyuum ( Alif Laam Miim, ALLAH tidak ada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Yang Ada dengan sendirinya. yang diambil ddari AL-QUR'AN Surah Al-Baqarah ayat 255, maka rasa mengantuk akan hilang.insyaALLAH.
23) Memiliki hati pemurah.
* Berzikir Ya Ra'uuf sebanyak 286 kali sehari akan memiliki hati yang penuh dengan kemurahan dan mengambil berat terhadap orang lain dan orang lain juga sebaliknya.Orang tersebut juga akan diberi jalan untuk menolong orang yang sedang memerlukan pertolongan.insyaALLAH .
24) Menghilangkan rasa cemas.
* Berzikir Yaa Zul Jalaali wal Ikraam secara rutin, maka ALLAH akan menghindarkan rasa was-was darinya dan melindunginya dari kejahatan yang dihembuskan oleh syaitan.
* Berzikir Yaa Nuur sebanyak 1000 kali dan membaca AL -QUR'AN Surah An-Nur sebanyak 7 kali, maka rasa cemas akan hilang dan hati akan menjadi tenang.
25) Khusyuk dalam solat.
* Berzikir Ya Muqsit sebanyak 239 kali berulang-ulang sebelum mula menunaikan solat.
26) Menghilangkan kesedihan.
* Berzikir Yaa Badii' sebanyak 1000 kali, maka ALLAH akan mengeluarkannya dari penderitaan tersebut.InsyaALLAH.
27) Agar amal diterima.
* Berzikir Yaa Muhsi sebanyak 100 kali sesudah solat isyak, maka segala amalnya akan diterima ALLAH. InsyaALLAH.
28) Inginkan taubat.
* Berzikir Yaa Tawwaab sebanyak 360 kali setiap hari setelah solat Dhuha.
29) Menghilangkan kebiasaan buruk.
* Berzikir Yaa Barr sebanyak 700 kali setiap hari, maka orang yang ketagih minuman keras, suka berzina atau perbuatan maksiat lainnya , akan mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T. InsyaALLAH.
30) memohon kebahagiaan.
* Berzikir Yaa Qayyuum sejak terbit sehingga naiknya matahari, maka akan memperolehi rasa gembira yang tidak terhingga..InsyaALLAH.
'' Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari ALLAH; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.'' (Surah An- Nahl : 53)
No comments:
Post a Comment