Oleh yg demikian hendaklah jauhi dr persengketaan sesama manusia. Kerana telah sepakat jumhur ulama mengatakan haram hukumnya bagi seseorang muslim itu tidak menegur sapa di antara satu yg lain bersandarkan beberapa hadis shahih. Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:
Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dr 3 mlm, maka siapa yg memulau lebih dr 3 mlm, lalu mati masuk kedalam api neraka. Hadis riwayat Attirmidzi, al-hakim
Nabi SAW juga bersabda:
Tidak dihalalkan bg seorang muslim memulau saudaranya lebih dr 3 mlm, sehingga bila bertemu masing2 memalingkan muka, dan yg terbaik di antara keduanya ialah yg mendahului memberi salam. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.
Mengambil faham dari hadis di atas, ulama telah sepakat mengatakan memberi salam itu penghapus dosa pemulauan.
Dlm hadis yg lain pula Rasulullah SAW bersabda:
Terbuka pintu syurga pada tiap hari isnin dan khamis, maka Allah berkenan pada hari itu mengampunkan tiap org yg tidak mempersekutukan Allah dgn sesuatu apapun, kecuali pada org yg masih be sengketa antaranya dengan saudaranya, maka dikatakan Allah pada malaikat, Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai, tangguhkan kedua org itu sehinga berdamai.
Didalam hadis di atas Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa Allah telah befirman dgn mengulangi ayat Tangguhkan kedua org itu sehingga berdamai sebyk 3 kali. Disitu Allah ingin menekankan kepada hambanya bahwa Allah amat memurkai org Islam yg tidak bertegur sapa di antara satu dan lain.
Walaupun demikian sekiranya, salah seorang telah mengambil langkah utk memberi salam ataupun memohon maaf sedangkan pihak yg lain tidak ingin menerima salamnya, maka teampunlah org yg memberi salam tetapi bagi org yg menolakknya kekallah dlm kesesatan dan hasutan syaitan. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment