Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W , keluarga serta para sahabat baginda. Yang indah hanya sementara,Yang abadi adalah kenangan,Yang ikhlas hanya dari hati,Yang tulus hanya dari sanubari,Tidak mudah mencari yang hilang,Tidak mudah mengejar impian,Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga,Ingatlah pada pepatah,"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Saturday, 16 April 2011

20 Anugerah Keramat Kepada Wali Allah Di Akhirat

  1. Allah SWT meringankan rasa sakit ketika rohnya keluar dari badan di saat kematian.
  2. Mereka mendapat keteguhan ma’rifat dan keimanan.
  3. Mereka mendapat kegembiraan, keredhaan, kesenangan hidup di Akhirat.
  4. Berkekalan mereka bersama Allah di Akhirat.
  5. Mendapat anugerah luar biasa dari allah iaitu roh mereka dikunjungi oleh para Malaikat dari tujuh petala... langit dan bumi serta  para Malaikat memberi penghormatan kepadanya.
  6. Mereka terlindung dari fitnah dan mendapat pertolongan allah dalam menjawab soalan Munakar dan Nangkir didalam kubur.
  7. Kubur mereka diluaskan, disinari cahaya dan mereka aman damai dalam kubur.
  8. Mereka dihimpun dalam golongan terhormat, mereka diberi mahkota, pakaian yang indah dan kenderaan yang istimewa.
  9. Roh mereka  akan bersiar-siar  dalam  syurga dengan berkenderaan burung hijau dengan hati yang gembira.
  10. Wajah mereka terpancar cahaya kerana dapat menyaksi Wajah Allah Yang Maha Tinggi.
  11. Mereka terpelihara dari huru-hara di Akhirat.
  12. Mereka mendapat surat amalan dengan tangan kanan.
  13. Mereka mendapat hisab yang ringan daripada Allah bahkan sebahagian daripada mereka masuk Syurga tanpa hisab.
  14. Timbangan amalan kebaikan mereka menjadi berat sebahagian mereka, amalan mereka tidak ditimbang langsung lalu dapat memasuki Syurga Allah SWT.
  15. Mereka dapat minum air kolam Rasulullah SAW dan tidak akan merasai dahaga selama-lamanya.
  16. Mereka dapat meniti Sirat Mustaqim dengan selamat.
  17. Mereka dapat memberi Shufaat kepada orang lain.
  18. Mereka mendapat nikmat Syurga yang abadi.
  19. Mereka mendapat Keredhaan Allah SWT Yang Maha Besar.
  20. Mereka dapat melihat wajah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment