Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W , keluarga serta para sahabat baginda. Yang indah hanya sementara,Yang abadi adalah kenangan,Yang ikhlas hanya dari hati,Yang tulus hanya dari sanubari,Tidak mudah mencari yang hilang,Tidak mudah mengejar impian,Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga,Ingatlah pada pepatah,"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Wednesday, 27 April 2011

Sehari Di Mahsyar Menyamai 50 Ribu Tahun di Dunia



Di akhirat tidak ada peredaran matahari lantaran matahari telah dilipat oleh Allah SWT, tugasnya telah ditamatkan. Sebab itulah para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar.

 Dalam hal ini, Abu Said Al-khudri meriwayatkan hadis Rasulullah SAW. Katanya Rasulullah SAW telah membacakan firman Allah SWT,surah al-Ma'arij,ayat 4:
tafsirnya:


"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya). "
selain itu,tafsirnya:

"Malaikat-malaikat dan Jibril naik(menghadap) kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."
 Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan mengenai para malaikat dan juga Jibril yang saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat itu ialah 50 000 tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yang ditempuh oleh para malaikat bersamaan dengan lima puluh ribu tahun.

 Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat 4 surah al-ma'arij, iaitu dengan kadar bagi satu hari itu bersamaan dengan lima puluh ribu tahun. Sekiranya manusia berada selama sebulan(30 hari) di akhirat, bandingannya dengan tahun dunia ialah 1.5 bilion tahun.Betapakah halnya jika seseorang itu terdampar di Mahsyar selama 50 000 tahun akhirat?

"Alangkah lamanya,"kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan surah al-Ma'arij yang menjelaskan kadar bandingan masa dunia dan akhirat itu.kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi bagi menyahut keluhan para sahabat itu dengan sabdanya yang bermaksud;


"Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah SWT meringankan(tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu."


 Singkatnya masa yang bakal ditempuh oleh orang-orang mukimin sekadar satu solat fadhu. Sesungguhnya masa yang digunakan bagi melakukan solat fardhu itu lebih kurang lima minit, bagi orang mukmin lima minit itu sememangnya terlalu ringan,malah mereka merasa tenang melakukan solat setenang ikan di dalam air.Walaupun masa yang digunakan bagi melakukan solat yang khusyuk itu lebih daripada 10 minit, namun mereka merasa seolah-olah hanya sekejap sahaja.

 Lebih-lebih lagi bagi orang yang melakukan solat dengan khusyuk, yang sentiasa mengikuti makna bacaan surah. Apabila dibacanya surah-surah yang menyebut hari kiamat, mengenai gegaran bumi ketika bumi digoncang untuk dikiamatkan dan seumpamanya, maka
 mereka akan bertambah khusyuk malah dengan linangan air mata.
Dalam suasana begitu mereka tidak akan memikirkan berapa lama solat yang dilakukan, lantaran jiwa mereka tenggelam dalam rasa khusyuk.


 Tetapi bagi golongan fajir(derhaka/orang yang suka melakukan maksiat/sihir) dan munafik, solat yang dilakukan dengan malas, terasa bagai beban berat yang menyulitkan. Apabila melakukan solat dilakukan dengan pantas dan tergopoh-gapah,hati mereka gelisah seperti burung dalam sangkar, lebih-lebih lagi jika imam membaca surah yang agak panjang, maka mereka gelisah dan hati mereka berkeluh kesah. Dalam hati mereka mengutuk imam tersebut yang membaca ayat yang panjang-panjang, mereka mempersoalkan imam tersebut,mengapakah imam membaca surah yang panjang-panjang?

 Bagi golongan seperti itu, mengerjakan solat yang hanya ambil masa 5 minit sudah dirasakan terlalu lama, sebab itu mereka lebih senang meninggalkan solat. Apabila ditanya mengapa mereka tidak mengerjakan solat? Jawabnya,kerana sibuk."
Banyak kerja, tidak sempat hendak sembahyang,".Bagi mereka menyudahkan solat seperti orang sakit yang teramat sangat menunggu lama untuk sembuh.mereka lebih sanggup mengerjakan puasa, sanggup berlapar dan dahaga sepanjang hari di bulan Ramadhan, tetapi tidak sanggup mengerjakan solar walaupun beberapa minit sahaja.



Bagi golongan mukmin yang sebenar, tempoh masa yang bakal dilalui di padang Mahsyr selama 50 000 itu terasa amat singkat, seolah-olah seperti melakukan satu solat fardhu sahaja.Demikian anugerah Allah SWT kepada golongan mukmin, sesuatu kebahagiaan yang dilalui oleh seseorang terasa masa berlalu amat singkat. Sebaliknya jika derita yang dialami pasti terlalu lama walaupun sebenarnya hanya sekejap.

 Demikian peristiwa Mahsyar, di mana ukuran masa yang dilalui setiap orang itu ditentukan oleh Allah SWT semata-mata, Allah yang memanjangkan dan memendekkan masa.Dialah yang meringankan dan memberatkan suatu tanggungan.

 Sebab itulah Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT supaya memudahkan yang sukar:



"Allahumma 'Yassirli Kulla 'Asir"

 Kenapakah baginda berdoa begitu?Tidak lain tidak bukan memudahkan perkara yang sukar..Siapa yang memudahkan?Tiada yang berkuasa memudahkan iaitu Allah SWT dan itu adalah mudah bagi Allah SWT...

No comments:

Post a Comment