Friday, 29 April 2011
AL-MATHURAT
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Pernahkah sahabat2 semua dengar tentang AL-MATHURAT?? Bagi sahabat2 yg mengetahui apakah Al-Mathurat, allhamdulillah...Bagi yang kurang arif tentangnya, ia tidak mengapa...^_^Mudah2an kita sama2 mendapat manfaat dari apa yang bakal ana sampaikan ini. Jangan kalian merasa rendah diri, malah kita harus rasa bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menimba ilmu2 yg kita kurang arif...Ana juga manusia biasa, yang sering lalai dan leka...
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat ini jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat ini akan merasakan perbezaan dari hari-hari lain yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat ini.
Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...
Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Mudah2an kita semua dapat mengamalkan Al-Mathurat setiap selepas solat subuh dan selepas Solat asar setiap hari...Ambillah masa untuk kita mengisi kekosongan rohani dengan zikir ini...Bagi kawan2 yang masih tidak mempunyai al-mathurat, blh dptkan di kedai buku dgn harga RM3...Moga istiqamah dengan amalan yang sedikit tetapi ia berterusan, insyaallah...Wasalam^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment